Apple Music

Apple Music ialah perkhidmatan penstriman muzik dan video yang dibangunkan oleh Apple Inc. Pengguna memilih muzik untuk distrim ke peranti mereka berdasarkan permintaan, atau mereka dapat mendengar senarai main yang ada. Perkhidmatan ini juga merangkumi stesen radio Internet Apple Music 1, Apple Music Hits, dan Apple Music Country, yang disiarkan secara langsung ke lebih 200 negara 24 jam sehari. Perkhidmatan ini diumumkan pada 8 Jun 2015, dan dilancarkan pada 30 Jun 2015. Pelanggan baru mendapat tempoh percubaan percuma selama enam bulan sebelum perkhidmatan tersebut memerlukan langganan bulanan.[1]

Apple Music

Platform macOS, iOS, iPadOS, tvOS, watchOS, CarPlay, HomePod, Windows, Android, Chrome OS, Amazon Echo, Sonos, dan Web
Model harga US$9.99 / sebulan untuk single berlesen
US$99.00 / setahun untuk single berlesen
US$14.99 / sebulan untuk lesen keluarga
US$4.99 / sebulan untuk lesen pelajar
Pemaju Apple Inc.
Kali terakhir dikemaskini 16 September 2020; 8 bulan yang lalu (2020-09-16)
Orang utama Oliver Schusser (Ketua Apple Music seluruh dunia)
Brian Bumbery (pengarah, Apple Music Publicity)
Trent Reznor (Pegawai Kreaitf)
Laman web
Tarikh pelancaran 30 Jun 2015; 5 tahun yang lalu (2015-06-30)
Ketersediaan 167 negara terutamanya di Amerika, Eropah, Asia, dan Oceania, dan sebahagian daripada Afrika dan Timur Tengah